Tuesday, 24 May 2011

Majlis Plima Tomoi Beta Hulu

Beta Hulu, 21 Mei - Majlis Plima untuk pelatih tomoi Pok Su Pi telah diadakan di gelanggang tomoi dalam halaman rumah Hanafi B. Yaacob atau lebih dikenali dangan gelaran Pok Su Pi. Pok Su Pi juga bekas penghulu bagi Kg. Beta Hulu pada satu ketika dahulu dan sekarang telah membuka kelas latihan tomoi untuk anak-anak Beta Hulu yang berminat untuk mempelajarinya.



          Majlis yang bermula pada jam 3.00 ptg telah diserikan dengan pelbagai persembahan seni mempertahankan diri. turut diundang ahli dari persatuan silat yang berdekatan dan kelab tomoi untuk persembahan. Warga Beta Hulu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan aksi seni mempertahankan diri ini disamping memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang menjadi pelajar tomoi disitu.
          Turut hadir ialah YB Abd. Aziz Abd Kadir ahli Parlimen Ketereh disamping memberi galakan dan dorongan kepada anak muda Beta Hulu. Pemuda Pas cawangan Beta Hulu juga pernah mengadakan Majlis BBQ bersama pemuda Beta Hulu di halaman rumah Pok Su Pi sambil menyaksikan persembahan tomoi dan mendengar amanat daripada YB Azami Hj. Mohd Nor ADUN Kadok yang turut hadir dalam majlis tersebut.

          Aktiviti sebegini merupakan altenatif untuk mengelakkan golongan belia daripada terjebak dengan perkara yang tidak bermoral disamping memperlengkapkan diri dengan seni mempertahankan diri. Semoga Usaha ini berterusan dan memberi harapan kepada golongan belia khusunya anak Beta.

No comments:

Post a Comment