Tuesday, 24 May 2011

Majlis Plima Tomoi Beta Hulu

Beta Hulu, 21 Mei - Majlis Plima untuk pelatih tomoi Pok Su Pi telah diadakan di gelanggang tomoi dalam halaman rumah Hanafi B. Yaacob atau lebih dikenali dangan gelaran Pok Su Pi. Pok Su Pi juga bekas penghulu bagi Kg. Beta Hulu pada satu ketika dahulu dan sekarang telah membuka kelas latihan tomoi untuk anak-anak Beta Hulu yang berminat untuk mempelajarinya.



          Majlis yang bermula pada jam 3.00 ptg telah diserikan dengan pelbagai persembahan seni mempertahankan diri. turut diundang ahli dari persatuan silat yang berdekatan dan kelab tomoi untuk persembahan. Warga Beta Hulu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan aksi seni mempertahankan diri ini disamping memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang menjadi pelajar tomoi disitu.
          Turut hadir ialah YB Abd. Aziz Abd Kadir ahli Parlimen Ketereh disamping memberi galakan dan dorongan kepada anak muda Beta Hulu. Pemuda Pas cawangan Beta Hulu juga pernah mengadakan Majlis BBQ bersama pemuda Beta Hulu di halaman rumah Pok Su Pi sambil menyaksikan persembahan tomoi dan mendengar amanat daripada YB Azami Hj. Mohd Nor ADUN Kadok yang turut hadir dalam majlis tersebut.

          Aktiviti sebegini merupakan altenatif untuk mengelakkan golongan belia daripada terjebak dengan perkara yang tidak bermoral disamping memperlengkapkan diri dengan seni mempertahankan diri. Semoga Usaha ini berterusan dan memberi harapan kepada golongan belia khusunya anak Beta.

Sunday, 15 May 2011

Salam Ukhuwwah Buat Anak-anak Beta Hulu

Assalamu'alaikum....

Alhamdulillah di atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan sehingga dapat menghasilkan betahulukito.blogspot.com buat anak-anak kelantan yang berada di luar negara, negeri mahupun kawasan khususnya dan yang menetap di kampung halaman umumnya.

Semoga dengan adanya Warkah Desa ini dapatlah warga kampung Beta Hulu yang berada nun jauh di perantauan mandapat maklumat dan berita tentang aktiviti dan isu semasa yang berlaku di kampung halaman. Sedikit sebanyak dapat menghubungkan silaturrahim antara kita warga Beta Hulu. Biar pun tidak mengenali setiap daripada kita, tetapi kita tetap anak jati Beta Hulu.

Komen, cadangan, dan kritikan sangat dialu-alukan ke arah penambah baik Warkah Desa. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada semua pihak khususnya warga Beta Hulu yang dikasihi. Akhirnya, kami mendoakan kalian semua berjaya dengan kerjaya masing-masing bagi yang sudah bekerja dan cemerlang dalam bidang yang dipelajari bagi yang sedang menuntut ilmu. "Jangan sampai lupakan kampung halaman yer.."

Sekian untuk muqaddimah Warkah Desa. Moga kalian sentiasa dirahmati oleh Allah...

Assalamu'alaikum...

Sunday, 8 May 2011

Cakno Rakyat Dun Kadok 2011 Meriah

Kadok, 7 Mei - "Cakno Rakyat" merupakan satu program yang melibatkan
Perbarisan Kontigen Beta Hulu
pemimpin masyarakat setempat yang bergelar wakil rakyat turun padang bersama rakyat bersuka ria disamping mendekatkan rakyat dengan wakil mereka. Untuk kali ini, Cakno Rakyat Dun Kadok yang diadakan di dataran perumahan berhadapan Masjid Kadok merupakan anjuran Kerajaan Negeri mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat setempat khususnya dun Kadok.

          Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tgh malam ini di isi dengan pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat dan gerai jualan dan perkhidmatan. Majlis perasmian telah
Khemah Beta Hulu yang dipertandingkan
disempurnakan oleh ADUN Kadok, YB. Azami B. Hj. Mohd. Nor. Unit pancaragam Rejimen Tentera Darat diRaja Malaysia turut memeriahkan lagi acara perbarisan kontigen-kontigen UPU bagi DUN Kadok termasuk UPU Beta Hulu yang diwakili oleh seramai lebih 50 orang terdiri daripada kanak-kanak PASTI, kanak-kanak sekolah rendah dan menengah, golongan remaja dan juga ibu bapa.









YB Azami (kiri) bersama ahli Parlimen Ketereh (berbaju putih) membuat cabutan nombor bertuah di khemah Beta Hulu
         UPU Beta Hulu tidak terlepas dari menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan dan antara acara yang dimenangi ialah tarik tali kanak-kanak PASTI yang mendapat Johan,
Saudara Azhar Saud sedang menyemak fail Program cawangan
bola sepak bawah 12 tahun yang mendapat tempat ke-3, dan hiasan khemah UPU yang mendapat tempat ke-3. Kali ini UPU Beta Hulu memilih "Pertanian Satu Ibadah" sempena menyahut kempen yang dilancarkan oleh MB Kelantan. Pihak penganjur telah menyediakan makanan untuk makan tengah hari, difahamkan 3 ekor lembu ditumbangkan untuk kenduri rakyat pada hari tersebut.

Pada sebelah malam pula, program diteruskan dengan ceramah isu semasa dan yang diraikan pada malam tersebut ialah Hj. Sabri Shafie bekas calon UMNO yang pernah bertanding merebut kerusi DUN Kadok.
Model petani cilik di khemah Beta Hulu
Dataran perumahan hadapan Masjid Kadok dibanjiri oleh ribuan orang yang mahu mendengar berita sebenar daripada mulut pimpinan mereka.